MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Saturday 14 November 2009

Majlis Restu Ilmu SPM 2009

Berburu ke padang datar
dapat rusa belang kaki
berguru kepalang ajar
bagai bunga kembang tak jadi....
Pada Jumaat 13 November 2009, satu Majlis Restu Ilmu SPM 2009 telah diadakan di Dewan Akademik untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5 sebagai simbolik penyerahan ilmu daripada guru-guru menjelang peperiksaan SPM yang akan bermula pada Rabu depan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa diikuti dengan ucapan daripada Setiausaha Peperiksaan SPM, Pn. Saadiah bt Mohd Ali, wakil guru, Pn. Fauziah bt Abdul Halim, wakil pelajar, Saudara Mohd Shafik b. Mat Ali, Yang DiPertua PIBG, En. Subri b. Abdul Rahman dan Tuan Pengetua, Tuan Haji Abdul Rahim b. Mohd Yunus.



Para hadirin yang terdiri lebih daripada 200 orang pelajar-pelajar Tingkatan 5, ibu bapa dan guru-guru kemudiannya dihidangkan dengan tayangan video Rahsia Kejayaan Nik Nur Madihah sebelum disusuli dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Nik Ibrahim b Nik Abdullah dari Majlis Agama Islam Pahang.



Acara kemuncak ialah bacaan penyerahan ilmu daripada wakil guru, Pn Fauziah kepada wakil pelajar, Saudara Mohd Shafik. Majlis diakhiri dengan acara bersalam-salaman diantara pera pelajar, ibu bapa dan guru-guru.







All the best guys!!!

1 comment:

  1. Rupa-rupanya Pn Wan Shukriah kita tu hebat sebagai mc. Saya tak tahu sebelum ni. Syabas!

    Syabas juga untuk En Akmal (juruteknik)kerana tayangan m/maker.

    Idea backup dlm bentuk tayangan kisah Nik Nur Madihah utk cover penceramah lambat juga hebat.
    Terima kasih Kaunselor.

    ReplyDelete