MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Monday 16 November 2009

Apabila Hak Sudah Mengecut

Moral imperative pemimpin yang datang bersama "sumpahan" sebagai cikgu yang diletakkan sebagai "mu'allim", "muaddib" dan "murabbi" (yang mengajar, meng"adab"kan dan mendekatkan murid kepada Allah memang sudah cukup besar dan menakutkan.

Para ilmuan dan tokoh yang menulis tentang kepimpinan, teamwork dan perubahan seperti John C. Maxwell, Jim Collins, Jack Welch, serta lainnya bercerita tentang kerja, tugas dan tanggungjawab. Eh! Kalau difikir dan dihitung, berapa buah sangat buku menulis tentang hak. Selain itu, yang memenuhi rak-rak di perpustakaan seluruh dunia.....?

Hak memmmmmang penting. Siap dengan 'ghunnah' (dengung ilmu tajjwid). Tapi, dalam Islam hak itu bermula dengan Allah, diri sendiri dan ahli/famili kita. (Hadis ni masa dulu kita belajar masa Tingkatan 3 kalau tak silap).

Hak Allah yang menjadi tanggungjawab dan amanah yang kita usahakan dan memonopoli masa jaga kita ialah kerja cikgu itu jua adanya. Selain tanggungjawab sebagai suami/isteri/anak sepenuh masa! Kita kan juga hamba Allah sepenuh masa!

Untuk renungan #1 bersama:

#Abdullah bin Umar memberitakan “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. berkata, Setiap orang daripada saudara-saudara sekalian adalah pengembala dan setiap orang ditanya berkaitan pengembalaannya. Pemimpin ialah pengembala dan ditanya berkaitan pengembalaannya. Lelaki ialah pengembala ke atas keluarga dalam rumahnya dan ditanya berkaitan pengembalaannya. Perempuan ialah pengembala di dalam rumah dan anak-anaknya serta ditanya berkaitan pengembalaannya. Pekerja pula ialah pengembala harta majikannya dan ditanya berkaitan pengembalaannya. Jadi, setiap orang antara saudara-saudara sekalian ialah pengembala. Semuanya akan disoal berkaitan pengembalaannya.”
(Direkodkan oleh Bukhari & Muslim)

Bila jadi cikgu, ramai yang masih fikir tentang hak. Ada yang kuat mengikut kesatuan dan sering berbahas dan berbahasa tentang hak. Betul semua tu. Cuma dari pandangan Islam, gambaran serta pemandangannya agak berbeza. Hak tetap ada tapi kian kecut. Amanah dan tanggungjawab kian mengembang. Pengetua/Guru Besar, lagilah... Mengerikan!

Untuk renungan #2:

#Abu Zar r.a. memberitakan “Saya bertanya, Wahai Rasulullah tidakkah tuan mahu melantik saya menjadi pemimpin?” Nabi Muhammmad menepuk bahu saya lalu menjawab “Wahai Abu Zar, saudara tidak mampu menjadi pemimpin. Jawatan pemimpin adalah amanah. Pada hari kiamat nanti, jawatan seperti itu adalah rendah dan membawa sesal melainkan bagi orang yang menerima amanah itu dengan cara yang benar dan menunaikan amanah itu.”
(Direkodkan oleh Muslim)

Cikgu kata:
"Siapa rasa tak takut, angkat tangan.
Siapa rasa takut, angkat kaki (haa.. yang ni peribahasa)."

No comments:

Post a Comment