MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Wednesday 11 November 2009

Peraturan Pakaian Seragam Persekolahan

1. MURID LELAKI
1.1 Seluar
Seluar panjang hijau gelap (hijau tua). Ukur lilit kaki seluar mestilah 40.7 sentimeter (16 inci).
1.2 Baju
Baju putih kain kapas berlengan pendek.
1.3 Tali leher
Tali leher berwarna biru muda yang disediakan oleh sekolah (dijual di koperasi sekolah).
1.4 Kasut
Kasut kanvas sekolah biasa berwarna putih seluruhnya.
1.5 Stoking
Stoking panjang kain kapas atau nilon berwarna putih seluruhnya.

2. MURID PEREMPUAN
2.1 Murid perempuan Islam diwajibkan memakai baju kurung lengkap dengan tudung.
2.2 Baju kurung teluk belanga putih, berkain kapas dan tidak nipis / jarang.
2.3 Memakai kain sarung biru muda yang disusun tepi.
2.4 Tudung berwarna putih tanpa hiasan atau renda serta tidak memakai kerongsang.
2.5 Semua murid perempuan dimestikan memakai baju alas (singlet).

3. TANDA NAMA DAN LENCANA
3.1 Semua murid diwajibkan memakai tanda nama (name tag) dan lencana yang ditempah dan dijual di koperasi sekolah.
3.2 Lencana di baju seragam murid lelaki hendaklah dijahit di bahagian poket iaitu di bawah tanda nama dan bagi murid perempuan pula lencana dijahit di bawah tanda nama di sebelah kiri tudung.
3.3 Tanda nama sementara hendaklah digunakan sementara menunggu tanda nama sebenar siap.

4. PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN
4.1 Seluar trek berwarna biru tua yang dijual di koperasi sahaja.
4.2 Baju T sekolah berwarna kuning yang dijual di koperasi sekolah sahaja yang boleh dipakai. Bagi murid lelaki, baju T berlengan pendek sahaja dibenarkan dan hendaklah dikemaskan ke dalam seluar (tuck in).
4.3 Kasut kanvas putih. Kasut sukan berwarna putih sahaja yang dibenarkan.
4.4 Murid perempuan Islam mestilah memakai tudung semasa bersukan. Boleh memakai tudung berwarna putih atau hitam (tanpa renda).
4.5 Untuk latihan sukan, murid boleh menggunakan baju T rumah sukan masing-masing.

5. PAKAIAN KOKURIKULUM
5.1 Murid boleh menggunakan pakaian (4) di atas untuk acara yang sesuai atau pakaian seragam sekolah yang lengkap.
5.2 Bagi aktiviti Kelab, Persatuan, Pengawas Pusat Sumber: murid boleh juga menggunakan baju T yang dibuat oleh unit berkenaan. Walau bagaimanapun, baju T tersebut hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengetua terlebih dahulu sebelum dicetak.
5.3 Bagi Badan Beruniform, murid hendaklah menggunakan pakaian seragam yang Iengkap. Pada waktu persekolahan, ahli Badan Beruniform hendaklah memakai uniform mereka pada hari Rabu sahaja.
5.4 Murid hendaklah berkasut dan tidak dibenarkan memakai selipar atau terompah. Kasut dengan kriteria yang telah ditetapkan dalam Peraturan Pakaian Seragam Sekolah Perkara 1, 2 dan 4 sahaja boleh digunakan.
5.5. Pakaian bagi aktiviti kokurikulum di Iuar kawasan sekolah juga tertakluk kepada peraturan ini kecuali mendapat kebenaran Pengetua.

6. PERKARA-PERKARA LAIN
6.1 Murid dilarang menggunakan alat solek dan barang kemas termasuk barang kemas bukan emas.
6.2 Murid dan bekas murid yang berurusan dengan pihak sekolah pada bila-bila masa juga hendaklah berpakaian kemas; baju kemeja (tuck in), berseluar panjang (bukan jeans) dan berkasut. Penampilan rupa juga perlu kemas dan bersih.
6.3 Murid dilarang keras membawa telefon bimbit dan permainan elektronik ke sekolah. Sekiranya ingkar, alatan tersebut akan dirampas dan hanya ibu bapa sahaja yang berhak menuntutnya pada hujung tahun.
6.4 Sekiranya murid terlibat dalam kes buli, tindakan berikut akan diambil:
• Ibu bapa akan dipanggil
• Murid boleh digantung persekolahan sehingga 14 hari sebelum dibuang sekolah.
• Sesi kaunseling
• Tidak dibenarkan mewakili aktiviti di luar kawasan sekolah sehingga berlaku perubahan tingkah laku.

(SILA RUJUK BUKU PERATURAN SEKOLAH UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT
YANG LEBIH TERPERINCI DAN JELAS)

No comments:

Post a Comment