MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Wednesday 4 August 2010

Histeria

Kejadian histeria adalah fenomena yang sering berlaku di sekolah-sekolah berasrama penuh yang perlu diambil perhatian oleh pelbagai pihak di samping mengamalkan beberapa kaedah, amalan dan doa tertentu bagi mengatasi gejala terbabit.
       Bagi menghindari kejadian histeria atau rasuk akibat gangguan makhluk halus berulang di kalangan para pelajar sekolah asrama mahupun orang awam, salah satu amalan dan petua yang sebaiknya diamalkan ialah Muawizat. Muawizat adalah surah-surah yang terdiri daripada surah al-Ikhlas,al-Falaq dan an-Nas yang dibaca setiap hari baik sebelah pagi atau pada sebelah malam, selain hadis sahih Rasulullah s.a.w menyebut ayatul Qursi juga turut dibaca bagi menghindari kejahatan dan gangguan makhluk halus. Demikian saranan Dato' Dr Haron Din ketika diminta mengulas berhubung kejadian histeria di sekolah-sekolah yang terpaksa ditutup akibat kejadian Histeria.
       Beliau turut menjelaskan beberapa punca yang menyebabkan terjadinya kerasukan di kalangan para pelajar antaranya ialah berlaku 'breakdown' pada perasaan atau jiwa seseorang disebabkan tekanan (tension) belajar yang terlalu tinggi di samping kelemahan seseorang mengalami emosi ketakutan yang bersangatan sehingga memudahkan gejala makhluk halus mengganggu hingga terjadinya histeria. "Ketakburan juga boleh menyebabkan histeria iaitu berani yang terlampau sehingga mengganggu atau mencabar tempat-tempat yang dipercayai ada makhluk halus," katanya.
       "Selain itu, akibat manusia yang menceroboh kawasan 'mereka' hingga mereka datang 'membalas' pula. "Dan fenomena ini tidak hanya berlaku di sekolah-sekolah agama, sekolah biasa atau berasrama penuh sahaja tetapi juga banyak terjadi di kilang-kilang serta tempat orang berkenduri kendara," kata pengamal perubatan Islam itu.
        'Pindahkan' makhluk halus ke kawasan lain. Ini menjelaskan lagi katanya bahawa dunia ini tidak didiami oleh manusia sahaja malah turut dihuni oleh makhluk-mahkluk lain juga yang dikenali dengan pelbagai nama dan oleh yang demikian manusia sewajarnya tidak sewenang-wenangnya menceroboh kawasan 'mereka' atau lebih baik lagi berdoa kepada Allah SWT supaya dihindari dari gangguan jin syaitan mahupun makhluk halus.
        "Sebaik-baiknya sebelum buat bangunan atau sekolah di satu-satu kawasan, perlu berdoa terlebih dahulu supaya dilindungi ataupun 'memindahkan' makhluk tersebut ke kawasan yang lain," katanya.
        Beliau turut menjelaskan bahawa Rasullulah juga turut berdoa kepada Allah agar dilindungi daripada diganggu oleh makhluk yang mendiami alam ghaib ini. Doa tersebut katanya berbunyi begini: "Wahai bumi, tuhanku dan tuhanmu sama iaitu Allah, aku mohon perlindungan Allah daripada kejahatanmu dan kejahatan yang keluar darimu, dan kejahatan yang turun atasmu, kejahatan yang melata atasmu seperti binatang berbisa dan mahkluk halus yang mendiami tempat ini serta keturunan-keturunan mereka."
        Mufti Selangor, Dato' Mohd Tamyes Abd Wahid, yang turut mengulas kejadian terbabit dilaporkan berkata bahawa apabila seseorang takut kepada syaitan dan makhluk halus seperti jin, ia hanya akan menyebabkan makhluk itu semakin bongkak.
        Jangan tinggal solat "Kita ambil contoh, kadang-kadang pelajar yang tinggal di asrama, khususnya pelajar perempuan, sering ditakut-takutkan dengan kewujudan 'penunggu' di bilik air dan disuruh berhati-hati sehingga akhirnya mereka percaya," katanya. Sehubungan itu, beliau menasihatkan pelajar di sekolah berkenaan tidak meninggalkan solat dan menjaga disiplin dan apabila seseorang meninggalkan solat, amat mudah syaitan mengganggu menyebabkan kejadian seperti histeria.
        Mohd Tamyes yang mempunyai pandangan yang sama dengan Haron Din berkata, mahkluk halus seperti jin berada di sekeliling manusia, cuma ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti manusia.
(Petikan daripada blog Mujahid Sufi)


Tanda-Tanda Histeria

Tanda-tanda histeria dan gangguan mahluk halus.....terdapat tanda umum yang boleh di jadikan garis panduan dalam menentukan seseorang itu adalah mangsa sihir, saka, kerasukan, histeria dan lain-lain gangguan.
1.   Sakit tulang belakang tanpa sebab
2.   Sakit kepala yang luar biasa
3.   Sakit di bahagian rusuk kiri atau kanan
4.   Sakit di bahagian tulang punggung tanpa sebab
5.   Sakit di bahagian perut tanpa sebab
6.   Istihadah
7.   Terasa ada seseuatu yang mengekori anda
8.   Terasa ada sesuatu yang melintasi belakang anda
9.   Sering sesak nafas (waktu maghrib dan tengah malam)
10. Timbul rasa takut tanpa sebab
11. Nampak bayangan yang menakutkan
12. Nampak mahluk aneh
13. Terasa ada yang menolak ketika di dalam tandas
14. Sukar lelapkan mata
15. Seringkali mimpi yang menakutkan
16. Bermimpi binatang (ular, kala dan lain-lain)
17. Dihimpit sesuatu ketika tidur
18. Mimpi bayi @ kanak-kanak
19. Mimpi jatuh dari tempat tinggi
20. Mimpi ke tempat kotor sunyi dan menakutkan
21. Terdengar suara menyergah ketika tidur
22. Terasa ada yang menyentap kaki ketika tidur
23. Seringkali pengsan tanpa sebab
24. Takut menziarahi jenazah
25. Ada bisikan yang meminta melakukan perbuatan yang salah
26. Ragu-ragu tentang keimanan
27. Rasa seperti hampir menemui ajal

Kesan-kesan..................ia akan meninggalkan banyak kesan antaranya boleh membawa maut, gila, bingung, perpecahan dalam keluarga, sakit, andartu, hilang pekerjaan dan lain-lain.

Cara-cara Mengatasi Gangguan

1.  Letak kan tangan kanan anda ke atas kepala pesakit kemudian bacalah ayat-ayat berikut berulang kali dengan kuat di telinga pesakit:
     a)  Al Fatihah
     b)  Al-Kursi
     c)  Al-Falaq
     d)  An-Nas
(Ia sangat sesuai untuk bayi yang menangis tanpa sebab)

2.  Perdengarkan ayat - ayat berikut (CD nya ada di Jual..Jika tidak hafal) Lebih baik jika di hafal:
     a)  Al-Fatihah
     b) Al-Baqarah (ayat 1 - 15)
     c) Al-Baqarah (ayat 163-164)
     d) Al-Baqarah (ayat 255-257)
     e) Al-Baqarah (ayat 285-286)
     f)  Ali Imran (ayat 18-19)
     g) Al-A'raf (ayat 54-56)
     h) Al-Mukminun(ayat 115-118)
     i)  As-Soffat(ayat-1-10)
     j)  Al-Ahqaf(ayat 29-32)
     k) Al Rahman(ayat 33-35)
     l)  Al-Hisy (ayat 21-24)
    m) Al-Jin(ayat 1-9)
    n)  Al-Ikhlas
    o)  Al-Falaq
    n)  An-Nas
(Perdengar kan ayat-ayat ini setiap hari pagi dan petang selama sebulan penuh)

3.  Baca kan surah Yasiin pada air mutlak dan beri kepada pesakit minum dan mandi selama 7 hari berturut-turut

4.  Perdengar kan bacaan surah Ad-Dukhan, as-Soffat dan al-Jin selama 2 minggu berturut-turut setiap hari

5.  Berdialog dengan jin dan perintah kan ia keluar dari tubuh pesakit

6.  Jika histeria berlaku asingkan pesakit antara satu sama lain

7.  Rawat pesakit yang awal-awal di serang histeria

AMARAN!!! BILA ANDA BERDIALOG DENGAN JIN, ANDA TIDAK BOLEH TERPEDAYA DENGAN TIPU MUSLIHAT JIN TERSEBUT.
(Petikan daripada blog Dunia Ida)

2 comments: