MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Wednesday 21 March 2012

Keputusan SPM 2011

Kejayaan tidak akan datang tanpa disiplin, azam dan usaha yang berterusan. Itulah resepi kejayaan jaguh bola sepak dunia, David Beckham seperti yang dinyatakan dalam buku teks Bahasa Inggeris Tingkatan 5 (Bab 1). Resepi ini pasti juga turut dikongsi oleh semua calon yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 yang diumumkan pagi tadi. Tahniah diucapkan kepada mereka ini yang telah berjaya mengharumkan nama sendiri dan juga nama sekolah. 

Alhamdulillah... Gred Purata Sekolah (GPS) telah meningkat kepada 4.01 daripada 4.92 pada tahun 2010 (semakin rendah nilai GPS semakin tinggi nilai pencapaiannya). Keputusan SPM kali ini merupakan yang terbaik sepanjang penubuhan SMK Bukit Rangin daripada tahun 2001. Menduduki tempat ke-10 dalam daerah Kuantan, dengan pencapaian cemerlang kelulusan 100% bagi subjek Bahasa Melayu,  telah melayakkan kelulusan keseluruhan 100% (kejayaan yang pernah diperolehi pada tahun 2009). Kelulusan 100% turut dicapai oleh subjek Sains. Ucapan tahniah juga perlu diucapkan kepada semua guru yang telah terlibat mengajar calon-calon Tingkatan 5 tahun 2011 kerana bersama-sama bertungkus-lumus memberikan yang terbaik untuk mereka. Ini terbukti dengan kenaikan GPS bagi semua subjek yang diambil.
Ahmad Razin dan ibu bapa

Siti Hajar dan bapa

Mohd Hamizan dan ibu bapa

Athirah dan ibu 
Seramai 57 orang calon  memperolehi keputusan cemerlang 5A ke 9A (paling ramai dalam sejarah!) dan daripada jumlah itu, seramai 4 orang calon telah memperolehi keputusan 9A penuh iaitu Ahmad Razin bin Ruzaini (bekas Ketua Murid), Siti Hajar bt Zuhri (bekas Penolong Ketua Murid),  Mohd Hamizan bin Mohd Najib (Pengawas) dan Athirah bt Zakaria (Pengawas Pusat Sumber). Dengan keputusan cemerlang yang diperolehi mereka ini telah membuktikan bahawa tugasan sampingan sebagai pengawas (Sekolah atau Pusat Sumber) sebenarnya bukanlah penghalang kepada kejayaan malah merupakan cabaran untuk menguatkan lagi semangat untuk berjaya. Orang putih kata, "If you fail to plan, you plan to fail." Tentunya mereka yang berjawatan dan sibuk ini bijak merancang dan membahagikan masa antara tugasan dan pelajaran. Syabas! Moga kejayaan kamu akan merangsang semangat calon-calon SPM tahun ini untuk mengekalkan kejayaan atau mencipta yang lebih baik. Ucapan tahniah juga kepada ibu bapa yang turut sama memastikan kejayaan anak-anak dengan dorongan dan kasih sayang yang diberikan. Semoga kecemerlangan sentiasa mengiringi SMK Bukit Rangin!

Calon cemerlang 7A - 9A SPM 2011

No comments:

Post a Comment