Tahniah kepada para guru yang telah berjaya datang ke sekolah seawal jam 6.40 pagi lagi untuk menjayakan program amalan Guru Penyayang hari ini. Tuan Pengetua adalah antara yang terawal sampai. Beliau turut bersama-sama guru-guru penolong kanan dan guru-guru menyambut kehadiran murid-murid ke sekolah dengan ucapan `Assalamualaikum', `Selamat Datang', `Selamat Belajar', dan `Dah makan atau belum'. Ada juga guru yang menghadiahkan snek Cloud 9 untuk 100 orang murid pertama yang hadir ke sekolah. Yang dapat tu sememangnya bertuah!
Sebenarnya program ini bertujuan untuk membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. [sumber: Surat siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.4 Tahun 2012]
Hakikatnya, tidak ada guru yang mahu anak muridnya jatuh atau gagal. Biarpun kasih sayang tidak dizahirkan secara total, namun teguran yang sering diberikan merupakan sebahagian daripada sikap ambil berat guru-guru terhadap anak-anak didiknya. Pujukan saja tidak cukup sekiranya tidak disulami dengan teguran. Teguran untuk mendidik supaya tidak alpa atau lalai. Biar hati dan jiwanya kental, tidak mudah goyah dengan cabaran dan dugaan. Jauh di hati kecil sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak ini. Bukankah marah itu tandanya sayang!

No comments:
Post a Comment