MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Wednesday 11 July 2012

Sistem Set Untuk P&P Bahasa Inggeris Tingkatan 1


Apa Itu Sistem Set?
  • Inisiatif  bagi meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris di bawah dasar MBMMBI.
  • Bahasa Inggeris akan diajar mengikut tahap dan pencapaian pelajar di dalam bahasa Inggeris.
  • Pelajar akan dibahagikan dan ditempatkan di dalam kelas-kelas mengikut tahap pencapaian bahasa Inggeris yang dinamakan SET.
Matlamat
  • Menghasilkan persekitaran P&P yang fokus kepada keperluan murid
  • Memberi peluang yang optimum untuk interaksi guru-murid
  • Menghasilkan impak positif untuk pembelajaran murid
  • Terdapat peningkatan sekurang-kurangnya satu tahap terhadap tahap profisiensi murid

Faedah kepada Guru
  • Nisbah guru-murid yang rendah (1:30 atau 1:25) akan membolehkan guru memberi tumpuan kepada keperluan murid.
  • Guru boleh merancang dan melaksanakan aktiviti yang sesuai dan dapat memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran murid dengan optimum.
  • Guru dapat membentuk pentaksiran  mengikut kemampuan pelajar.
Faedah kepada Murid
  • Nisbah guru-murid (1:30 atau 1:25) memberi lebih peluang untuk perhatian guru semasa P&P
  • Aktiviti kelas yang disesuaikan kepada tahap profisiensi murid memberi lebih peluang untuk berinteraksi
  • Keyakinan yang lebih disebabkan tahap profisiensi yang homogenus
  • Murid dapat mengetahui tahap profisiensi mereka berdasarkan pentaksiran yang direkasuai khas
3 Langkah Tatacara Pelaksanaan Sistem Set
  1. Konstruk Ujian Diagnostik (*dilaksanakan hari ini di SMKBR)
                     i.  Grammar (40%)          
                                -  Identifying errors in sentences (20%)
                                -  Correcting errors (20%)
                    ii.  Vocabulary (20%)      
                                -  Error identification (10%)
                                -  Cloze passage (10%)
                   iii. Language forms and functions (20%)
                   iv. Information transfer:  non-linear to linear (20%)       

       2.   Pembahagian murid ke dalam set berdasarkan tahap profisiensi
    1. Setiap kelas di dalam Sistem Set akan mempunyai 20-30 orang murid sahaja.
    2. Pembahagian murid untuk setiap kelas adalah berdasarkan kepada keputusan yang diperolehi untuk Ujian Diagnostik (seperti jadual di bawah ) :
Set
Markah Ujian Diagnostik
A
86– 100
B
70– 85
C
56– 69
D
40– 55
E
0– 39
    1. Murid di dalam setiap set akan mempunyai tahap profisiensi yang sama.
    2. Murid dari kelas tahap profisiensi rendah perlu dinaikkan ke kelas yang lebih tinggi sekiranya keputusan ujian menunjukkan peningkatan.

    3.   Penyesuaian pengajaran untuk tahap profisiensi yang berbeza mengikut set
▪     Kelas di dalam Sistem Set perlu berjalan serentak.
▪     Sekiranya terdapat kekurangan guru, penjadualan kelas boleh dilakukan mengikut “blok”
▪     Guru perlu menyesuaikan pedagogi mengikut tahap profisiensi murid di dalam set yang ditentukan. Ini akan membolehkan :
−  Murid lemah dapat mengikuti P&P Bahasa Inggeris dengan  mudah  mengikut keupayaan mereka tanpa rasa rendah diri.
−  Murid akan mendapat perhatian yang lebih dan berpeluang mengemukakan pendapat dan idea  kepada guru tanpa rasa segan dan takut.
−  Murid cemerlang boleh mempertingkat kemahiran berbahasa dengan mengikuti pembelajaran yang lebih mencabar.

5 comments:

  1. Salam. Sekolah saya juga dipilih sebagai perintis PNP Sistem Set. Saya ingin tahu sama ada sistem ini juga digunapakai untuk murid tingkatan 1 tahun 2013? Terima Kasih.

    ReplyDelete
  2. Ya. Masih dan akan diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang kecuali ada perubahan oleh KPM.

    ReplyDelete
  3. Salam. Saya ingin tahu sama ada ibupada meminta untuk salinan keputusan ujian tersebut? Terima Kasih.

    ReplyDelete
  4. Ada tetapi kita tidak dapat memenuhi permintaan mereka kerana tidak proses mengemaskini data PBS tidak dapat dijalankan kerana sistem yang disediakan pihak KPM masih dalam penyelenggaraan. Bagaimanapun, kami menjalankan ujian diagnostik di penghujung tahun untuk 4 subjek teras, B.Melayu, B.Inggeris, Matematik dan Sains untuk penentuan kelas akan datang.

    ReplyDelete
  5. plz saya nak jawapan nye

    ReplyDelete