MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Sunday 27 April 2014

Family Day BRASS

Hari Keluarga @ Family Day telah dianjurkan dengan jayanya oleh Kelab Guru & Staf BRASS di Residence Inn Cherating selama 2 hari 1 malam. Program ini dianjurkan bersempena dengan persaraan Guru Kaunselor, Tuan Haji Azhar bin Sudin yang akan menamatkan perkhidmatan pada 4 Mei ini dan memulakan persaraan pada umur 60. 

Pihak sekolah merakamkan ucapan 'Selamat Maju Jaya' kepada Tuan Haji Azhar dan semoga dapat memanfaatkan waktu persaraan bersama keluarga tercinta. Terima kasih atas sumbangan bakti beliau yang telah berkhidmat di BRASS selama 11 tahun bermula tahun 2003. Banyak kenangan yang dikongsikan terutamanya sewaktu beliau menerajui Kelab Staf sebagai Pengerusi. Antaranya sambutan Hari Guru, 'pot luck' Kelab Staf, rombongan penanda aras ke Langkawi, Sabah, Kuala Lumpur dan Terengganu serta penyembelihan lembu korban sempena Aidil Adha. Kehilangan Cikgu Azhar pasti akan kami rasai nanti. Kami akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Cikgu Azhar.

Beberapa acara dianjurkan semasa Family Day antaranya telematch dan Jamuan Makan Malam persaraan. Walaupun tidak semua ahli Kelab Staf  hadir pada program kali ini, tetapi kemeriahannya tetap dirasai. Tidak kurang pula yang sedaya upaya hadir ke jamuan makan malam persaraan walaupun terpaksa memandu dari Kuantan ke Cherating semata-mata untuk bersama memeriahkan majlis yang berakhir pada jam 10 malam. Majlis kali ini pasti tidak akan dapat dilupakan kerana didahului dengan hujan yang sangat lebat yang berlarutan selama lebih kurang 30 minit.








Haji Azhar bersama isteri


Haji Azhar bersama Tuan Pengetua











Selamat bersara Cikgu Azhar.
Semoga berbahagia selamanya dan jangan lupa kami di BRASS!

2 comments:

  1. syabas dan tahniah kpd cikgu Ismail, cg CT dan crew kelab staff brass telah berjaya mengendalikan Hari Keluarga BRASS 2014 dgn jayanya.

    ReplyDelete
  2. Sedih x dpt join pgrm kerana ada komitmen lain.. sangat berbangga dgn teman2 yg telah menganjurkan hari keluarga ni.. hope dpt join thn dpn.. aminnn....

    ReplyDelete