MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Friday, 16 January 2015

Sambutan Maulidur Rasul 1436H / 2015M


PENGENALAN

Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun menuntut kita sama - sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan islam merentasi dunia timur dan dunia barat.Selain itu, Nabi Muhammad saw juga dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya.

MATLAMAT

Supaya kita merenung kembali sirah Rasulullah saw dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalm pembangunan manusia sejagat. Maulidur Rasul juga merupakan masanya umat islam untuk memperingati semula Rasulullah saw dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan yang baik.

OBJEKTIF
  1. Mengagungkan dan membesarkan syiar agama Allah swt, Mengagungkan dan membesarkan syiar-syiar islam adalah menanamkan rasa cinta kepada Rasulullah saw walaupun tidak pernah bersua.
  2. Mencontohi akhlak dan cara hidup Rasulullah saw dalam perlakuan seharian agar mendapat keredhaan Allah swt.
  3. Mengamalkan sunnah Rasulullah saw setiap masa.

"BERSELAWATLAH KE ATAS NABI MUHAMMAD saw selalu agar kita dapat memperolehi syafaat Baginda saw di akhirat nanti"


















No comments:

Post a Comment