MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com

Lokasi : Perumahan Bukit Rangin
Visi : SMK Bukit Rangin Sekolah Kluster Kecemerlangan Tahun 2016
Misi : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Friday, 16 January 2015

Munajat Perdana

Pendahuluan

Pembentukan sahsiah murid adalah amat perlu dibentuk mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh Islam.Oleh itu sekolah sebagai wadah utama pendidikan memainkan peranan utama dalam pembentukan tersebut. Munajat Perdana diadakan dengan harapan agar warga BRASS dapat melaksanakan penambahbaikan dari sudut akhlak dan tingkah laku untuk menjadi ummah yang cemerlang dunia dan akhirat.

Rasional

Semua murid bercita - cita untuk berjaya. Oleh itu, usaha yang gigih dengan disertai doa yang berterusan akan memperoleh kecemerlangan.

Objektif

1. Mentarbiah murid supaya sentiasa bermunajat kepada Allah swt dalam semua aspek kehidupan.
2. Menghayati konsep "raja" (berharap) kepada Allah swt dalam segala hajat yang diingini.
3. Melahirkan rasa rendah diri kepada Allah swt di kalangan murid
4. Menguatkan azam untuk menjadi murid yang berjaya di dunia dan akhirat
5. Membentuk peribadi murid agar menjadi seorang yang mempunyai sahsiah terpuji
6. Meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah swt dengan melaksanakan amalan sunat yang disyariatkan.







No comments:

Post a Comment