MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Tuesday 30 March 2010

Mesyuarat PIBG ke-9 & Hari Anugerah Kecemerlangan 2010

27 Mac 2010. Mesyuarat Agung PIBG ke-9 telah berjalan dengan lancar dan berakhir dengan senarai baru Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2010/12. Pelantikan Ahli Jawatankuasa diadakan secara dwi-tahunan supaya pentadbiran dan perjalanan program-program sekolah dapat berjalan dengan lebih lancar lagi. Pelantikan kali ini menyaksikan Tuan Haji Mohamed Dhalan bin Salleh Tais  sebagai Yang DiPertua PIBG bagi menggantikan Encik Ahmad Subri bin Abdul Rahman. Beliau telah memperolehi kemenangan tanpa bertanding dan disokong sebulat suara. Pemilihan ini dikira tepat dengan komitmen beliau selama memegang jawatan sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Bukit Rangin semenjak tahun 2001. Beliau sering meluangkan masa menghadiri beberapa program sekolah dan turut menyumbang prasarana di surau sekolah. Terima kasih Tuan Haji Dhalan dan semoga Tuan Haji dapat memberi khidmat yang lebih jitu bersama-sama dengan AJK yang lain demi kecemerlangan SMK Bukit Rangin.
          Beberapa perkara yang diusulkan oleh ibu bapa telah dijawab oleh Penasihat PIBG merangkap Pengetua SMK Bukit Rangin iaitu Tuan Haji Abdul Rahim bin Mohd Yunus. Kebanyakan perkara yang dibangkitkan ialah cadangan yang boleh diselesaikan secara dalaman dan bukannya usul yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat.
           Mesyuarat PIBG berakhir pada kira-kira pukul 10.30 pagi untuk memberi laluan kepada Majlis Anugerah Kecemerlangan yang akan dirasmikan oleh YB En. Mohd Zaili bin Haji Besar, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Panching.

Click to play this Smilebox slideshow: Mesyuarat PIBG
Create your own slideshow - Powered by Smilebox
Free slideshow design made with Smilebox


Persatuan Ibu Bapa dan Guru gembira menyambut kehadiran YB En. Mohd Zaili ke Majlis Anugerah Kecemerlangan pada kali ini. Ketibaan beliau disambut dengan paluan kompang sekolah pada kira-kira jam 11.30 pagi. Beliau kemudiannya menerima tabik hormat sebelum diiringi Tuan Pengetua dan Yang DiPertua PIBG untuk pemeriksaan pasukan perbarisan lima unit beruniform iaitu Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah, Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Pergerakan Puteri Islam Malaysia.
      Majlis dimulakan dengan persembahan Marhaban yang sangat mengasyikkan alunan suara lunak Mohd Izuddin, murid Tingkatan 5 walaupun beliau sebenarnya telah ditimpa kemalangan sehari sebelum persembahan. Walau bagaimanapun, murid ini tetap berhasrat untuk membuat persembahan demi menjayakan majlis yang berprestij ini! Ustaz Mohd Yusof pula kemudiannya dijemput untuk mengetuai bacaan doa sebelum Yang DiPertua PIBG, Tuan Haji Mohd Dhalan menyampaikan ucapan sebagai wakil PIBG. Tuan Pengetua pula meyampaikan ucapan bagi pihak sekolah dan seterusnya ucapan perasmian YB En. Mohd Zaili.
       Majlis penyampaian anugerah dimulakan Tuan Haji Mohd Dhalan kepada murid-murid cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Tahun dan Kokurikulum 2009. Tuan Pengetua pula menyampaikan anugerah kepada 60 orang murid cemerlang dalam PMR 2009. Majlis berhenti rehat buat seketika dengan hidangan persembahan nasyid daripada kumpulan Soutun Nasihah yang seringkali menjadi juara pertandingan nasyid peringkat negeri Pahang. Majlis kemudiaannya diteruskan dengan penyampaian hadiah kecemerlangan oleh YB En. Mohd Zaili kepada 14 orang murid cemerlang SPM 2009.
        Kemuncak majlis ini ialah pemyampaian Anugerah Khas sekolah kepada Abu Ubaidah Amir bin Ibrahim yang telah berjaya mencapai 7A 1B dalam peperiksaan SPM 2009. Sesungguhnya pemilihan itu sangat tepat kerana Abu Ubaidah telah menunjukkan pencapaian yang sangat cemerlang berbanding dengan keputusan PMRnya pada tahun 2007 yang mana dia hanya memperolehi 1A sahaja. Berinspirasikan kekecewaan dalam peperiksaan PMR tersebut, dia terus mengorak langkah seawal Tingkatan 4 lagi. Dia tidak menjadikan kekurangan yang ada pada dirinya sebagai penghalang kepada kejayaan. Begitulah hebatnya Abu Ubaidah! Seharusnya semangat dan kejayaan yang dimiliki Abu Ubaidah menjadi penggalak semangat kepada anak-anak SMK Bukit Rangin untuk menjadi cemerlang.
          Majlis berakhir pada kira-kira jam 2.00 petang.
Click to play this Smilebox slideshow: Anugerah Kecemerlangan
Create your own slideshow - Powered by Smilebox
This free digital slideshow made with Smilebox

No comments:

Post a Comment