26 Februari 2010. Perkhemahan KRS kali ini melebarkan sayapnya ke Tanjung Gosong, Pekan Pahang. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu membawa seramai lebih kurang 50 orang peserta lelaki dan perempuan Kadet Remaja Sekolah SMK Bukit Rangin dengan diiringi beberapa orang guru iaitu Pn. Noor Azizawati, En. Mat Nawawi, En. Mohd Hafiz, Cik Wan Azlia, Cik Nur Sabariha dan Ust. Sulaiman (guru Praktikal UDM). Antara aktiviti-aktiviti luar yang dijalankan ialah Pandu Arah, Ikhtiar Hidup, Kayak, Flying Fox dan Jungle Trekking. Peserta-peserta nampaknya berpuas hati dan gembira melalui pengalaman di Tanjung Gosong walaupun dikenakan bayaran sebanyak RM40.00 seorang. Program yang berakhir pada tengahari Ahad 28 Februari telah secara rasminya ditutup oleh Encik Rosli bin Sahak, GPK Kokurikulum SMK Bukit Rangin.
Syabas KRS!!!
No comments:
Post a Comment