MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Thursday, 19 April 2012

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Mulai daripada tahun ini, murid-murid Tingkatan 1 akan dinilai prestasi masing-masing mengikut sistem penskoran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dilaksanakan kepada murid Tahun 1 bermula tahun 2011. Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) juga turut dihapuskan dengan adanya sistem baru ini. Bermakna, murid-murid Tingkatan 2 pada tahun ini merupakan generasi terakhir yang akan menduduki PMR pada tahun hadapan, 2013. Selepas itu, sistem penilaian akan diganti dengan sistem PBS yang memberi lebih penekanan kepada intelektual (jasmani, rohani, emosi dan sosial) secara teori dan praktikal.
Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), PBS merupakan satu pendekatan pentaksiran bersifat holistik yang menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sistem PBS ini akan menggabungkan empat (4) bidang iaitu:
  1. Pentaksiran Pusat (PP) - akademik
  2. Pentaksiran Sekolah (PS) - akademik
  3. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) - bukan akademik
  4. Pentaksiran Psikomotor (PPSI) - bukan akademik
Pentaksiran Pusat (PP) merupakan satu pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dengan peraturan pentaksiran, instrumen pentaksiran, tugasan, garis panduan, peraturan penskoran dikeluarkan oleh LPM.

Pentaksiran Sekolah (PS) merupakan satu pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dengan peraturan pentaksiran, instrumen pentaksiran, tugasan dan peraturan penskoran dibangunkan oleh sekolah berdasarkan dokumen dan panduan yang dikeluarkan oleh LPM.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) adalah taksiran yang mengukur dan menilai perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan murid. Panduan pentaksiran disediakan oleh LPM bersama organisasi yang berkenaan dengan bidang kepakaran mereka.

Pentaksiran Psikomotor (PPSI) merupakan satu ujian yang mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) murid dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran.

Dengan pelaksanaan PBS ini, tiada lagi pemarkahan seperti biasa seperti peratus atau gred (A/B/C/D/E/G). Murid-murid akan diberi pelaporan peningkatan prestasi (atau dipanggil Standard Prestasi) dalam bentuk Band 1 (paling rendah) hingga Band 6 (paling tinggi).
6
Tahu + Faham + Boleh Buat dengan beradab Mithali
5
Tahu + Faham + Boleh Buat dengan beradab Terpuji
4
Tahu + Faham + Boleh Buat dengan Beradab
3
Tahu + Faham + Boleh buat
2
Tahu + Faham
1
Tahu

Setiap band itu pula mempunyai kriteria-kriteria tertentu yang telah diperjelaskan kepada guru-guru seluruh Malaysia dalam kursus-kursus yang telah dan sedang diadakan.

Disebabkan pentaksiran ini adalah berasaskan sekolah, maka ianya akan dijalankan oleh guru-guru seiringan dengan pengajaran dan pembelajaran sekerap yang mungkin. Penskoran juga dilakukan oleh guru-guru dan disimpan oleh guru-guru. Pendek kata, prestasi murid seratus peratus ditentukan oleh guru-guru dan sekolah!

Dengan cara ini, murid-murid perlu datang sekolah setiap hari kerana pentaksiran akan dijalankan pada bila-bila masa saja. Dalam masa yang sama murid boleh belajar dalam keadaan santai kerana tidak terikat dengan peperiksaan. Namun perlu berawas kerana penskoran tidak akan sama bagi setiap murid kerana bergantung kepada kebolehan mereka sewaktu pentaksiran. Sekiranya tidak lepas, maka skor tersebut tidak akan berubah kepada yang lebih tinggi. Selamat belajar murid-murid.............

2 comments:

  1. Terima kasih atas penjelasan. Baru faham sistem baru ni..cuma saya rasa sedikit bimbang apabila pentaksiran dibuat oleh guru sepenuhnya. Faktor manusia,seperti salah sangka,prasangka baik atau buruk,perasaan dipengaruhi faktor2 seperti benci dsbnya..dikhuatiri akan memberi penilaian buruk kepada pelajar..sekadar pandangan.Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Sistem ini sangat mengelirukan. Jika ikutkan cara lama, murid akan lebih bersemangat untuk menduduki peperiksaan dan bersaing dengan rakan sekelas. Saya setuju dengan pendapat Rospawan. Rata-rata pentaksiran di tangan guru-guru. Ada baik dan buruknya.

    ReplyDelete