MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Friday 13 April 2012

Majlis Jasamu Dikenang


Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua.

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di dalam peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Tiap yang datang pasti akan pergi
Tiap yang bermula pasti akan berakhir
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Begitulah adat dan lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan.

Majlis Jasamu Dikenang anjuran Kelab Staf diadakan untuk meraikan 5 orang guru yang telah bertukar pada penghujung tahun 2011 dan awal tahun 2012, iaitu:
  1. En. Mohamad Hazfar bin Hasman
  2. Pn. Azlina bt Ibrahim
  3. Pn. Khalijah bt Mohd Ali
  4. Cik Norhidayah bt Othman
  5. En. Mohammad Nasri bin Mustafa Hilmi

Tetamu utama yang diraikan ialah En. Mohammad Nasri bin Mustafa Hilmi, merupakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang bertukar ke SMK Gudang Rasau setelah lebih 5 lima tahun berkhidmat di SMKBR bermula pada tahun 2007 sehingga awal 2012. Selama berada di SMKBR, beliau telah memberikan komitmen yang sangat baik. Sikap beliau yang sentiasa memberikan kerjasama dalam sebarang perkara tanpa mengira masa dan tenaga telah mewujudkan hubungan yang erat dengan rakan sekerja. Keramahan dan ketinggian budi pekerti juga merupakan faktor menyebabkan beliau disenangi dalam kalangan guru dan kakitangan sokongan. Biarpun digeruni kerana ketegasannya dalam bidang disiplin, namun beliau turut disenangi dalam kalangan murid-murid kerana sikapnya yang suka mengambil berat kebajikan mureka. Tidak ketinggalan juga pengalaman dan kemahiran  beliau dalam pengajaran Bahasa Melayu SPM turut meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada anak didik beliau dan pernah berjaya menyumbang kejayaan lulus 100 peratus pada tahun 2009 dan 2011. Kemahiran ini turut dikongsi dalam kalangan guru-guru yang seringkali menjadikan beliau sebagai tempat rujukan bahasa.

Pertukaran En. Mohammad Nasri sesungguhnya merupakan satu kehilangan besar dan sangat dirasai oleh seluruh warga sekolah. Pihak sekolah merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga di atas sumbangan yang telah beliau hulurkan sepanjang perkhidmatannya di SMKBR.

Pihak sekolah turut merakamkan penghargaan kepada semua guru yang diraikan dalam majlis makan malam itu yang diadakan di Restoran New Horizon. Semoga Allah merahmati kehidupan kalian.....










Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

No comments:

Post a Comment