MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Friday 27 April 2012

Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Menyedari bahaya penyalahgunaan dadah, Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) merupakan program wajib Unit Bimbingan dan Kaunseling di semua sekolah di seluruh negara. Minggu PPDa yang bermula pada 23 April hingga 27 April telah dirasmikan oleh En. Abdullah Sani bin Abdul Rahman, Penolong Pengarah Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang di Dataran Saujana SMK Bukit Rangin.

En. Abdullah Sani

Matlamat diadakan Minggu PPDa adalah untuk meningkatkan kefahaman dan kepekaan murid terhadap bahaya penyalahgunaan dadah. Kesedaran ini mendorong penglibatan yang aktif dan kerjasama yang padu untuk mewujudkan sekolah yang bebas daripada dadah.

Aktiviti-aktiviti yang dirancang sempena Minggu PPDa:
  1. Pertandingan PowerPoint
  2. Pertandingan melukis poster
  3. Pertandingan buku skrap
  4. Pertandingan pamflet
  5. Pertandingan mewarna (untuk Tingkatan 1)
  6. Pertandingan teka silangkata
  7. Kuiz Kelab & Persatuan (wakil 2 orang murid setiap kelab & persatuan)
  8. Ceramah Penjara Penor
  9. Ceramah dan pameran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
  10. Pemantapan Sahsiah Siri 2



Jenis-jenis dadah

No comments:

Post a Comment