MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com

Lokasi : Perumahan Bukit Rangin
Visi : SMK Bukit Rangin Sekolah Kluster Kecemerlangan Tahun 2016
Misi : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Tuesday, 24 April 2012

SMK Bukit Rangin Juara Pertandingan Puisi & Lagu Peringkat Daerah Kuantan

Pertandingan Puisi dan Lagu diadakan dengan matlamat untuk melahirkan generasi muda yang mampu menghasilkan karya puisi bermutu di samping menambah khazanah lagu-lagu puisi Melayu.

Bertemakan "Perpaduan", SMK Bukit Rangin berjaya dinobatkan sebagai Juara dan mengalahkan 9 buah sekolah-sekolah menengah lain dalam daerah Kuantan. SMK Bukit Rangin juga berjaya memenangi kategori Puisi Terbaik dan Penyanyi Terbaik.
SMK Bukit Rangin
10 buah sekolah menengah daerah Kuantan yang menyertai pertandingan yang diadakan di Dewan Akademik SMK Bukit Rangin:
  1. SMK Bukit Rangin
  2. SMK Abdul Rahman Talib
  3. SMK (P) Methodist
  4. SMK Sultanah Hajah Kalsom
  5. SMK Sultan Abu Bakar
  6. SMK Tok Sira
  7. SMK Sungai Soi
  8. SMK Tanah Putih
  9. SMK Sungai Soi
  10. SMK Paya Besar
Berikut ialah keputusan penuh pertandingan:
Johan
SMK Bukit Rangin
Naib Johan
SMK(P) Methodist
Ketiga
SMK Abdul Rahman Talib
Puisi Terbaik
SMK Bukit Rangin
Lagu Terbaik
SMK Abdul Rahman Talib
Penyanyi Terbaik
SMK Bukit Rangin
Pendeklamasi Terbaik
SMK(P) Methodist

Antara komen yang diberikan oleh para hakim tentang keseluruhan pertandingan yang diakui agak sengit itu ialah puisi yang disampaikan menepati tema selain dicipta oleh murid-murid sendiri, ketepatan penggunaan bahasa, penggunaan bahasa baku oleh para peserta, penghayatan yang memuaskan dan gaya persembahan yang menyerlah dan menghiburkan. Bagaimanapun, para hakim meminta supaya intonasi pendeklamasi perlu lebih ditonjolkan dan keharmonian suara perlu ditingkatkan pada masa akan datang.

Pentupan pertandingan telah dirasmikan oleh En. Mohd Asri b. Mohd Yusof, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kuantan (Ketua Unit, Pengerusi Pembangunan Manusia).
En. Mohd Asri
 

No comments:

Post a Comment