MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Wednesday 25 April 2012

Pertemuan Pengawas Bersama Ustaz Nazli bin Mahmud, PK Hal Ehwal Murid

Bertempat di Dewan Akademik, Ustaz Nazli bin Mahmud, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (menggantikan Encik Mohammad Nasri bin Mustafa Hilmi yang telah bertukar ke SMK Gudang Rasau) telah memanfaatkan pertemuan pertamanya bersama pengawas dengan menggariskan beberapa panduan untuk menjadi pengawas yang berkualiti:
  1. Taat kepada ketua
  2. Berhati bersih
  3. Bersatu padu, tidak berpuak-puak
  4. Berterus-terang
  5. Kuat mental, fizikal dan spiritual
  6. Berketerampilan
  7. Selalu membaca al-Qur'an
  8. Taat sembahyang
  9. Selalu berdoa kepada Allah s.w.t.
Beliau juga turut berkongsi doa yang diamalkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. setiap kali selepas solat yang sangat besar fadilatnya, iaitu:


Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan risau dan sedih, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat takut dan lokek, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.” (HR Abu Dawud).

Akhirnya, adalah menjadi hasrat beliau untuk melihat para pengawas mengadakan lawatan ke luar negeri Pahang bagi meluaskan pengalaman kerana perjalanan merupakan guru yang paling baik.

Ustaz Nazli bin Mahmud

Para pengawas

No comments:

Post a Comment