MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Saturday, 22 June 2013

LADAP 2 : Bengkel Penyediaan Pamflet

 
 
Mempelajari kemahiran menyediakan pamflet menggunakan aplikasi Microsoft Publisher menjadi pilihan bagi memenuhi agenda LADAP 2 kali ini memandangkan banyak yang boleh dimanfaatkan daripada aplikasi tersebut. Program anjuran JK Pusat Sumber Sekolah bersama JK LADAP BRASS ini dianjurkan untuk memberi kemahiran kepada guru-guru untuk menghasilkan pamflet yang berkualiti dan canggih. Bengkel ini dikendalikan oleh Jurulatih dalaman, Pn Zarina Aziz dengan bantuan beberapa orang fasilitator iaitu Pn Roeseliza, Pn Juhaida, Pn Zuhaini, Pn Normysita, dan Pn Norashida.


Pn Zarina Aziz

Program wajib bagi kakitangan kerajaan itu bermula dengan pengenalan kepada MS Publisher serta menu-menu yang disediakan yang boleh digunapakai oleh guru-guru seperti brosur, banner, kad ucapan, label, newsletter, dan sebagainya. Mereka juga didedahkan dengan kemahiran mencari imej dan tulisan menarik dengan menggunakan internet, antaranya Google Images (untuk gambar) dan Dafont (untuk tulisan). Selain itu, All free download juga sangat bagus untuk mendapatkan imej-imej menarik dan tidak pecah!

Di akhir program, guru-guru diminta untuk menyiapkan tugasan menyiapkan pamflet yang telah dimaklumkan sebelum program berlangsung. Tahniah kepada guru-guru yang telah berjaya menyiapkan tugasan yang diamanahkan. Kepada yang belum, masa masih ada dan buatlah yang terbaik dengan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari semasa bengkel. Pamflet yang dihasilkan akan dinilai dan ada hadiah yang menunggu untuk pamflet terbaik!
  

 



 


 
Walaupun guru-guru hanya berpeluang mempelajari kemahiran asas menggunakan MS Publisher disebabkan masa yang terhad, namun masing-masing berasa gembira kerana dapat mempelajari sesuatu yang dapat digunakan untuk tujuan pekerjaan. Semoga kemahiran tersebut dapat diperluaskan lagi melalui latihan yang berterusan. Semuanya bermula dengan kemahuan dan sedikit kreativiti. Practice makes perfect!

No comments:

Post a Comment