Ketibaan kami disambut senyum manis petugas-petugas arkib. Seramai 80 orang ahli Kelab Rukunegara dan Kelab Pencegahan Jenayah BRASS memenuhi ruang pameran tingkat bawah Arkib Negara Cawangan Pahang Indera Mahkota yang tersergam indah. Sedikit penerangan disampaikan oleh salah seorang petugas arkib, Cik Maimunah bt Osman tentang pameran yang diadakan.
Pameran bersempena Program Lestari Ilmu Pahang 2013 memberi banyak informasi tentang pembentukan Malaysia dan keluarga Diraja Pahang. Para peserta rombongan mengambil kesempatan untuk mencatat informasi-informasi penting lantaran mendapat arahan untuk menulis laporan seusai lawatan ini nanti! Pastinya maklumat yang didedahkan juga mampu membantu mereka mengingat kembali apa yang dipelajari dalam mata pelajaran Sejarah di kelas.
Bilik Penyelidikan |
Sultan Pahang 1 |
Sultan Pahang 2 |
Sultan Pahang 3 |
Sultan Pahang 4 |
Sultan Pahang 5 |
Murid-murid juga berpeluang menyertai kuiz yang dianjurkan dengan ganjaran hadiah alatulis yang dan rantai kunci berbentuk lampu suluh mini. Bukan saja murid-murid, guru-guru pengiring turut berminat mencuba menguji minda.....
Boleh teka tak siapakah wira-wira Malaysia yang tertera? 1. Tunku Abdul Rahman 2. Tun Abdul Razak 3. Tun Hussein Onn 4. ...... 5....... 6........ 93...... |
Uji kemahiran membaca Pemasyhuran Kemerdekaan bertulisan jawi |
Pemasyhuran kemerdekaan |
Jenis-jenis jahitan dan peralaan penjilidan |
Perbandingan buku yang belum dijilid (kanan) dan buku yang telah dijilid (kiri) |
Guru pengiring - (dari kiri) Tn Hj Azhar, Pn Zarina, Pn Fauziah dan Pn Rahayati |
Lawatan belajar ke arkib hari ini memberi pengalaman baharu tentang penyimpanan maklumat bahan-bahan sejarah. Diharapkan masyarakat mendapat manfaat daripada penubuhan Arkib Negara cawangan Pahang yang masih perlu banyak penambahbaikan dari masa ke semasa. Diharapkan lebih ramai murid-murid berpeluang untuk menyertai program lawatan pada masa-masa akan datang. Jauh berjalan, luas pengalaman.....
No comments:
Post a Comment