Objektif
- Murid dapat mengetahui cara wuduk yang sempurna
- Mengenal pasti kesilapan yang dilakukan oleh murid
- Murid dapat memantapkan bacaan bacaan dalam solat
- Murid dapat melaksanakan rukun Qauli dan Fe'li dengan sempurna
- Sentiasa menunaikan solat lima waktu dalam kehidupan seharian
Kumpulan Sasaran
Murid Tingkatan 1 - 5 yang rendah kefahaman solat dan bacaan solat.
Fasilitator
1. Ust Nazli Mahmud
2. Ustz Sharifah Ruthpa'aiyah Syed Yahya
3. Ustz Farah Wahidah Bahrim
4. Ustz Samsiah Mamat
5. Ustz Zainab Mohd Salleh
6. Ustz Hjh Umbi Kalthum Abd Manaf
7. Ustz Hjh Nagyah Abdul Wahid
8. Ustz Zakiah Abdul Kadir
9. Ustz Norita Muhammad
10. Pn Zarina Aziz
Post mortem
Anak-anak ibarat kain putih. Terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkan kain tersebut. Anak-anak perlukan bimbingan dan teguran ibu bapa setiap hari terutama bab solat. Ibu bapa mesti memandang serius dan berat tentang ibadat solat. Ibu bapa wajib memastikan anak-anak betul-betul solat dengan cara yang betul, bukan macam `mandi kerbau' terutamanya bacaan al-Fatihah. Pastikan anak-anak baca Fatihah dengan sebutan dan makhraj yang betul kerana Fatihah adalah rukum dalam slolat. Kualiti solat bergantung kepada kualiti bacaan Fatihah. Solat boleh jadi tidak sah sekiranya bacaan Fatihah tidak betul. Jadi, setiap orang, bukan murid-murid saja, kenalah sentiasa belajar memperbaiki bacaan al-Fatihah. Begitu juga dengan bacaan-bacaan lain dalam solat seperti doa Iftitah, doa Qunut dan Tahiyat Awal/Akhir. Rukun fi'li juga perlu dijaga seperti rukuk, sujud, duduk antara dua sujud dan duduk tahiyat awal/akhir.
Semoga anak-anak BRASS menjadi umat Islam yang beriman dan beramal soleh. Guru-guru hanya membantu selama mana anak-anak berada di sekolah. Sentiasalah berusaha untuk mengerjakan solat yang paling berkualiti, hanya untuk Allah swt.
No comments:
Post a Comment