Pihak sekolah sentiasa berusaha melalui pelbagai cara untuk kecemerlangan anak-anak pelajar. Tidak cukup pembelajaran di sekolah, calon-calon PMR dibawa ke Sempurna Resort Kuantan untuk Bengkel Intensif PMR selama dua minggu.
Bengkel anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling ini dengan kerjasama guru-guru Tingkatan 3 BRASS bersama-sama mengembleng tenaga memberikan tips-tips menjawab peperiksaan yang berguna bagi semua peserta.
Bengkel anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling ini dengan kerjasama guru-guru Tingkatan 3 BRASS bersama-sama mengembleng tenaga memberikan tips-tips menjawab peperiksaan yang berguna bagi semua peserta.
Kepada anak-anak pelajar, gunakan kesempatan yang dinikmati untuk menghasilkan yang terbaik. Jadikan ia sebagai perangsang untuk lebih cemerlang. Jangan sia-siakan harapan yang diberikan semua pihak; guru-guru, ibu bapa dan pihak sekolah. Yang bulat tidak akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang kalau tidak diusahakan. Tanyalah kepada mereka yang berjaya. Jawapan mereka pastinya Usaha+Ketekunan+Kemahuan. Cuba baca kisah orang hebat yang berjaya dan kisah bagaimana 25 jenama terkenal antarabangsa bermula. Orang yang berjaya juga tidak pernah berhenti berusaha, malah semakin tekun pula untuk lebih cemerlang. Malah kita sendiri umat Islam diseru 5 kali sehari untuk berjaya melalui seruan azan. Kita juga belajar di sekolah bagaimana usaha 25 orang rasul untuk mengembangkan agama Islam... penuh dengan rintangan dan cabaran. Betul tak? Jadi, tepuk dada tanyalah kemahuan. Pilihan sentiasa ada di tangan anda. Ke kanan atau ke kiri. Kejayaan atau kegagalan.
No comments:
Post a Comment