Latihan persediaan oleh murid-murid Tingkatan 1, 2, dan 4 BRASS untuk acara perasmian pembukaan Sukan Asia kali Pertama di Kuantan yang berlangsung sehingga 23 September 2013. |
Seramai 183 atlet dari sembilan negara berkampung di bandar ini bagi menyertai Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah-Sekolah Asia yang julung kali diadakan di sini, bermula semalam hingga Ahad ini.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud berkata, Malaysia menjadi negara pertama menganjurkan kejohanan tiga tahun sekali itu dengan China sebagai tuan rumah kedua pada 2015.
"Keputusan penganjuran itu (untuk Malaysia menjadi tuan rumah) dibincangkan dalam mesyuarat Persekutuan Sukan Sekolah Asia (ASSF) pada 2011 sebelum dibincang oleh kementerian dan diluluskan kabinet," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah-Sekolah Asia di sini, malam tadi.
Sebanyak 40 pingat emas dipertandingan pada kejohanan kali ini dengan tuan rumah dan Sri Lanka menghantar jumlah peserta paling ramai iaitu masing-masing 35 atlet diikuti India (31 atlet), Hong Kong (24), China (20), Thailand (21), Macau (12), Brunei (empat) dan Filipina (seorang).
Abd Ghafar berkata kejohanan yang melibatkan atlet bawah 18 tahun itu adalah penting dalam menyediakan atlet pelapis negara untuk pertandingan peringkat antarabangsa. - Bernama

No comments:
Post a Comment