MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Friday, 27 September 2013

Malam Kesenian Islam (MKI) Sekolah-sekolah Menengah Negeri Pahang 2013

 
ALHAMDULILLAH. Syukur kepada Allah s.w.t. kerana dengan izin-Nya, Malam Kesenian Islam (MKI) yang drancang selama lebih sebulan, berlangsung dalam keadaan jayanya. Persembahan para peserta sangat baik dan menarik perhatian hadirin untuk menunggu sehingga ke akhir program.
 
Tahniah kepada semua peserta yang memberi komitmen yang sangat memberangsangkan dan diharap mampu membuka minda masyarakat tentang pengaruh kesenian Islam sebagai salah satu media dakwah Islam. Program seperti ini wajar diteruskan sebagai alternatif untuk menarik minat anak-anak muda kepada Islam yang juga membenarkan nyanyian dan muzik selagi tidak bertentangan dengan syariat.
 
Acara-acara kesenian yang dipersembahkan:
  • Qasidah
  • Nasyid
  • Berzanji
  • Marhaban
  • Kalam Jama'ie
  • Puisidra
  • Zikir munajat
  • Puisi dan lagu
Sekolah-sekolah yang terlibat:
  1. SMK Bukit Rangin (BRASS) Kuantan
  2. SMK Sultanah Hajah Kalsom Kuantan
  3. Maahad Tahfiz Tanjung Lumpur Kuantan
  4. SMA al-Ma'arif Kuantan
  5. SMK Seri Jengka Maran
  6. SMK Seri Pekan Pekan
  7. SK Permatang Badak (jemputan khas)
Perasmian dilaksanakan oleh Tuan Haji Ramzan bin Muhamad, Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Pahang yang mewakili YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, AMP., AMN., Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan & Badan-badan Bukan Kerajaan, Kerajaan Negeri Pahang yang tidak dapat hadir kerana lawatan kerja ke Indonesia. Tuan Ramzan dalam ucapannya turut menyampaikan amanat YB kepada para peserta dan hadirin. Terima kasih Tuan Haji Ramzan kerana menonton hingga ke akhir.
 
Program bermula dengan pendaftaran para peserta di ruang lobi Dewan Bitara, diikuti dengan Solat Maghrib berjamaah di Surau al-Falah BRASS. Para peserta kemudiannya menikmati makan malam di Bilik Seminar A dan seterusnya menunaikan solat Isyak berjamaah sebelum MKI bermula pada kira-kira jam 8.30 malam dan berakhir pada kira-kira jam 11.30 malam. Program dimeriahkan lagi dengan gerai-gerai jualan di ruang dataran hadapan Dewan Bitara.
 
Ucapan alu-aluan Tuan Pengetua
Ucapan perasmian Ketua Sektor Pend. Islam JPN Pahang, Tuan Hj Ramzan
Persembahan pembukaan yang sangat baik, Qasidah Yahanana oleh BRASS.
Disertai oleh 25 orang murid Ting. 1-5 di bawah pimpinan Mohd Izman
Persembahan Nasyid oleh SMK Sultanah Hajah Kalsom

Persembahan berzanji yang mantap dari SMK Seri Jengka, turut disertai
oleh ustaznya sebagai lead (tengah)
Persembahan nasyid dari kumpulan as-Shabab BRASS yang akan mewakili
Negeri Pahang ke peringkat Kebangsaan pada Disember nanti.
Persembahan Kalam Jama'ie (suara berkumpulan/Choral Speaking)
oleh SMK Seri Pekan. Penonton terpesona dengan kebolehan pesertanya
membuat persembahan dalam Bahasa Arab tentang buah-buahan dan
khasiatnya kepada kesihatan


Persembahan nasyid jemputan dari SK Permatang Badak.
Adik-adik cilik ini telah berjaya menjuarai Pertandingan Nasyid
Peringkat Negeri kategori Sekolah Rendah.

Persembahan yang agak berlainan tetapi mantap dari kumpulan nasyid
kontemporari Maahad Tahfiz Tanjung Lumpur yang turut
menampilkan qasidah Yahanana dengan rentak akapela.
Lakonan yang penuh penghayatan oleh Mohd Faisal Izzuddin dalam
Puisidra dari BRASS di bawah bimbingan Cikgu Ismail Ali.
Puisidra ini menceritakan tentang keperitan hidup Saiyidina
Bilal bin Rabah  yang disiksa oleh pembesar jahiliyah kerana
mempertahankan Allah yang Satu...Ahad! Ahad!

Persembahan Puisi & Lagu berunsurkan Islam oleh BRASS
Terima kasih kepada semua guru, peserta dan individu yang terlibat secara langsung dan tidak lansung. Semoga berjumpa lagi!


No comments:

Post a Comment