Kali ini, kumpulan IPS (potensi A) PMR pula yang dibawa keluar iaitu ke OUM (Open University of Malaysia) di Putra Square Kuantan untuk memberi peluang kepada calon-calon PMR ini merasai suasana pengajaran dan pembelajaran di universiti. Ia tentunya pengalaman baru dan pastinya menaikkan semangat mereka ini yang bakal menduduki peperiksaan yang hanya tinggal lagi lebih kurang satu minggu.
Terima kasih kepada pihak pengurusan OUM yang diketuai oleh Dr Ahmad Izanee Awang (Pengarah OUM) kerana menyediakan kelengkapan yang sangat baik. Diharapkan permuafakatan ini dapat diteruskan di masa hadapan untuk kebaikan bersama.
No comments:
Post a Comment